Serena Williams tidak akan menyertai sukan Olimpik Tokyo kali ini.

NEW YORK – Ratu emas empat kali sukan Olimpik, Serena Williams mengesahkan beliau tidak akan menyertai dalam Sukan Olimpik Tokyo yang membuka tirai secara rasminya pada 23 Julai ini.

Bekas ratu tenis nombor satu dunia berusia 39 tahun itu berkata demikian pada sidang media khas pra Wimbledon semalam.

Williams kali pertama berentap dalam temasya empat tahun sekali itu di Sydney pada tahun 2000 dan merangkul emas dalam empat temasya berikutnya.

“Saya sebenarnya tiada dalam senarai atlet Olimpik, jadi saya tidak sedia maklumkan mengenainya, maka saya tidak seharusnya mengambil bahagian dalam temasya kali ini,” katanya ringkas.

Namun, Williams tidak memperincikan punca beliau menarik diri kali ini.

Juara perseorangan tenis Grand Slam sebanyak 23 kali itu sudah memberi bayangan sebelum ini dia tidak berhasrat untuk mengembara ke Tokyo kerana tidak dapat membawa bersama anak perempuannya berusia tiga tahunnya, Olympia berikutan peraturan ketat Covid-19.

“Terdapat banyak sebab yang mempengaruhi keputusan saya untuk tidak menyertai Olimpik kali ini.. mungkin lain kali jika semuanya baik dan memihak kepada saya,” katanya.

Williams memang emas dalam acara perseorangan dan bergu wanita di Olimpik London 2012 dengan dua lagi emas diperolehi dalam aksi bergu di Syedney 2000 dan Beijing 2008.

Kini dia dalam proses memulakan saingan merebut gelaran perseorangan Wimbledon kelapan dan rekod gelaran Grand Slam ke-24 kariernya menentang ratu tenis Belarus, Aliaksandra Sasnovich.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast