KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan sejak 23 Jun lalu sehingga semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 25 kes adalah Variant of Concern (VOC) manakala tiga kes lagi adalah Variant of Interest (VOI).
Jelas beliau, sebanyak 18 kes varian Delta (B.1.617.2) dilaporkan manakala lima kes varian Beta (B.1.351); tiga kes varian Kappa (B.1.617.1); dan dua kes varian Alpha (B.1.1.7).
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 217 kes.
“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 198 kes adalah VOC manakala 19 kes adalah VOI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette