KUALA LUMPUR – Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mendedahkan dia telah membuat satu laporan polis terhadap seorang anggota polis wanita.
“Salam, Alhamdulillah report polis sudah dibuat kepada anggota polis wanita berkenaan. Selepas siasatan saya akan mengambil tindakan untuk menyaman anggota tersebut.
“Buat masa ini sata tidak akan dedah identitinya tetapi kalau sampai di court nanti semua orang akan tau siapa. Saya akan fight habis-habisan tentang isu ini,” tulisnya.
Perkara tersebut dipercayai ada berkaitan dengan cerita penahanan seorang selebriti wanita yang terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah yang dikatakan membabitkan dirinya baru-baru ini.
Pada masa sama, pelakon berkenaan juga turut mempersoalkan integriti anggota polis berkenaan.
“Anggota polis wanita IPD yang bakal saya akan saman… di manakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita?
“Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib dengan saya juga? Saya takkan berdiam diri saya akan viralkan habis-habisan sampai saya dapat keadilan yang saya deserve,” tulisnya. – MalaysiaGazette