Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penduduk Hulu Terengganu boleh menarik nafas lega apabila dapat menikmati jaringan telekomunikasi lebih baik selepas tiga menara komunikasi dibina di tiga lokasi di sana.

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkata, ketiga-tiga lokasi menara itu melibatkan Kolej Hutecs, Kampung Kepah dan Kampung Machang.

Katanya, ketiga-tiga menara komunikasi itu telah beroperasi sepenuhnya pada 31 Mei lalu dengan menawarkan liputan 4G.

“Pembinaan menara berkenaan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) akan memanfaatkan lebih 3,000 orang penduduk di kawasan menara tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, manfaat itu turut dirasai pelajar Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu dan Hutecs selain penduduk di Kampung Butut dan taman perumahan sekitar seperti perumahan Tok Hujib serta Perumahan Seri Bajar.

“Bagi kawasan menara Kampung Machang pula, ianya melibatkan Kampung Machang manakala menara di Kampung Kepah ia melibatkan Kampung Tengkawang dan Kampung Matang.

“Pembinaan menara komunikasi baharu itu juga membantu meningkatkan taraf hidup selain mempersiapkan penduduk berhadapan dengan era digital yang kian mencabar,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast