KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta pasukan siber yang menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya berhenti berpolitiking.
“Apakah anda tidak rasa bersalah mempertahankan sebuah kegagalan berterusan? Adakah anda langsung tiada “empathy” terhadap rakyat yang sedang dihimpit kesengsaraan?
”Apakah anda tidak berasa bimbang negara seakan-akan di landasan yang tersasar?,” soal Presiden UMNO itu.
Sebaliknya, Ahmad Zahid meminta penyokong-penyokong PPBM menyelami denyut nadi rakyat, rintihan keluhan, penderian dan kerisauan rakyat.
Menurut beliau, dalam keadaan sekarang sewajarnya rakyat menjadi keutamaan.
Lagipun, katanya, jangan lupa ada sebahagian anggota masyarakat kita tidak ‘bermazhab’ politik.
”Mereka hanya mahu hidup selesa di sisi keluarga. Fikirkan tentang mereka juga,” ujarnya sambil menyatakan komitmennya dan UMNO untuk terus menyuarakan kepentingan rakyat serta negara. – MalaysiaGazette
Perhhh orang politik bercakap, sekejap nampak macam bagus, sekejap nampak macam menjelekan. Kau tak berasa bersalah ke kalau asyik nk bermain politik desak kerajaan adakan sidang parlimen dlm keadaan pendemik sekarang sebelum tamat perintah darurat, tak sabar menunggu ke sampai akhir bulan 8 ni, atau ada agenda tersembunyi. Kenapa dulu kau benarkan atau sokong perkara perubahan kerajaan ini berlaku dulu, lebih baik jadi pembangkang lagi. Kenapa lah PH jatuh kalau tak tentu banyak lagi perkara yg dpt kita lihat seperti kerosakan dan jualan aset negara secara pukal dan kalau PH masih kerajaan takde lah huru hara politik berlaku dlm Malaysia sekarang ini.