Antara sedutan video yang disunting yang turut melibatkan Noorzainy.

SEBERANG PERAI – Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) membuka siasatan berhubung satu video operasi bersepadu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan disunting berunsurkan kepentingan politik.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya mengesan video berdurasi dua minit 12 saat itu pukul 6.30 petang tadi selepas mendapati kandungan asal sidang akhbar yang dilakukan beliau sendiri telah disunting.

Noorzainy.

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati sebahagian rakaman video tersebut disunting hingga boleh mengelirukan masyarakat.

“Siasatan lanjut juga mendapati video yang disunting itu mengandungi komen berunsurkan politik selain mendakwa tiada tindakan berkesan diambil bagi menangani Covid-19.

“Rakaman asal video itu membabitkan satu operasi bersepadu pematuhan SOP PKP yang dilakukan di Sungai Dua, Butterworth pada 2 Jun lalu.

“Apa yang ingin saya tegaskan di sini kandungan audio dan lain-lain video termasuk sidang akhbar oleh saya itu tiada ada kena mengena dengan intipati atau mesej yang disampaikan dalam video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Noorzainy, pihaknya kini sedang mengesan pihak yang menyunting rakaman tersebut.

“Laporan polis berhubung perkara itu sudah dibuat dan siasatan lanjut sidang dijalankan ketika ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast