KUALA LUMPUR – Peningkatan kes positif Covid-19 di Selangor menimbulkan tanda tanya serta mengundang rasa tidak puas hati bekas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Beliau melalui ciapan Twitternya, menegur kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) kenapa tidak menggunakan kuasa untuk menutup kilang yang menjadi penyumbang besar kes harian Covid-19.
Pada masa sama, beliau juga menegur ‘budak-budak’ DAP lebih melenting terhadap tegurannya berbanding menasihati Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari supaya menggunakan kuasanya menutup kilang untuk tempoh tertentu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD).
“Kenapa budak-budak DAP kat twitter ni mempertahankan sangat tak nak guna kuasa kerajaan negeri untuk tutup kilang? Lebih-lebih lagi budak-budak Amirudin Shari pulak. Dah tak jadi pemuda sosialis ke, sekarang dah jadi tauke kilang pemuda?
“Kalau orang lain tweet kamu tidak layan, aku tweet baru terasa,” ciapnya.
Kes positif di Selangor mencatatkan angka lebih 4,000 kes sehari dalam tempoh empat hari sehingga semalam, iaitu penyumbang tertinggi kepada kes Covid-19 negara.
Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 4,682 kes di Selangor, manakala sehari sebelumnya iaitu pada 10 Julai 4,277 kes, 9 Julai (4,400 kes), 8 Julai (4,152 kes), 7 Julai (3,119 kes), 6 Julai (3,260 kes) dan 5 Julai (2,610 kes).
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan semalam, melaporkan, kerajaan telah menjangka lebih awal peningkatan kes harian Covid-19 yang naik mendadak ketika ini.
Beliau dilaporkan berkata, ia berpunca daripada saringan besar-besaran dan bersasar yangn dilakukan di kebanyakan kawasan PKPD di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.- MalaysiaGazette
Laaa…ada lg rupanya ingat dh pencen buat hal
Welcome back. Tegur benda yg bernas dan demi kebaikan, aku sokong saja. Kalau kerajaan pusat tak dgr nasihat, tegur kerajaan negeri pulak.
.SELANGOR /KL/N9 SEMUANYA DI BAWAH P UNAH HaraPAN….WAHAI PENYOKONG2 AHLI DAN PENGUNDI TEGAR SERTA PENTAKSUB P H…..PEMIMPIN KAMU SEJAK 22 BULAN KUASA DITANGAN…SENTIASA MEROYAN JADI PM dan selepas PUNAH MASIH MEROYAN dan menyalahkan kegagalan…tetapi akhirnya ALLAH tunjukkan paku dulang paku serpih…mengatakan orang P unah H arapan menjuarai KEGAGALAN KHIANAT MANDAT DAN MANIFESTO RAKYAT.
mana kerja2 hebat DR ZUL AHMAD DAN jangan lupa hero TAMIL ANWAR IBRAHIM…RM1500 SETIAP BULAN untuk rakyat terkena covid…..serik dengan cakap dan janji2 kamu…akhirnya MUNAFIKUN
SELANGOR NEGERI KAYA….BOLEH CIPTA VAKSIN…asyik .SALAHKAN VAKSIN LAMBAT TIBA…..
Nak tutup macam mana Pizi, sumber kewangan PH adalah dari kilang kilang haram inilah. Kalau kilang kilang nie ditutup, punca kewangan akan hilang. Mana lebih penting, duit untuk gerakan parti atau menyekat covid?