PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Empat individu termasuk seorang remaja berusia 16 tahun ditahan secara berasingan di Pulau Pinang, awal pagi tadi bagi membantu siasatan sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Supt Aibee Abd Ghani berkata, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah Nilai telah melakukan tiga serbuan ke sebuah rumah di lokasi berbeza antara 9 malam hingga 4 pagi tadi.

“Tiga lelaki dan seorang wanita berusia 16 hingga 31 tahun itu ditahan secara berasingan di tiga lokasi berbeza. Hasil siasatan mendapati tiga daripadanya adalah pemilik akaun bagi kes penipuan Macau Scam melibatkan kerugian sebanyak RM470,000 di Nilai pada 7 Julai lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua individu kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang juruteknik kerugian RM470,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Alor Setar, Kedah pada 7 Julai lepas. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast