KUALA LUMPUR – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam ditutup hari ini susulan kes positif Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas PPV tersebut.
Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata, langkah segera penutupan diambil hasil keputusan ujian Covid-19 yang diperoleh malam tadi bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.
Sebagai langkah berjaga-jaga CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 hingga 12 Julai 2021 agar membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala menjalankan ujian saringan.
Katanya, janji temu yang telah diberikan pada hari ini akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yng akan dimaklumkan secepat mungkin
Butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan sebarang pertanyaaan sila hubungi 0388934393. – MalaysiaGazette