KUALA LUMPUR – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menafikan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah ‘dikosongkan’ berikutan lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, kenyataan yang tular di media sosial itu adalah tidak benar kerana jabatan berkenaan sememangnya penuh dengan pesakit.
Katanya, trend semasa di Jabatan Kecemasan dan Trauma menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil adalah 150 sehingga 180 pesakit.
Manakala pesakit yang masih belum menerima rawatan di jabatan itu setakat semalam adalah seramai 117 orang.
“Pada 8 Julai lalu, wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma telah dikenalpasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.
“Kompleks Rawatan Harian (ACC) pula pada 9 Julai telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad sementara merawat pesakit Covid-19 demi memastikan pesakit mendapat rawatan dalam ruang yang selesa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian susulan tular mesej dan gambar menerusi aplikasi Whsatpp yang mendakwa lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin semalam menyebabkan Jabatan Kecemasan dan Trauma (HTAR) Klang ‘dikosongkan’.
Dr Zulkarnain menambah kriteria untuk menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 ke Wad Covid-19 berisiko rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad dan bukan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Ujarnya lagi, pemindahan pesakit Covid-19 ke ACC adalah pelan kontigensi yang diambil pengurusan bencana peringkat hospital. – MalaysiaGazette
Semua isu nak di politikan, come on lah stop politicking dulu tengok kiri kanan, depan belakang keadaan semasa negara malaysia sekarang ini, bantu kerajaan menangani masaalah covid19 ni. Jangan hanya cakap berdegar degar seolah olah kerajaan tak buat sesuatu untuk menyelesaikan masaalah covid19 yang sekarang ini seolah olah tiada penghujungnya. Kerajaan sudah banyak menyalurkan bermacam macam bantuan apalagi yang korang nak. Sampai masa pilihanraya nanti gunalah saluran yang betul untuk menyatakan ketidakpuasan hati melalui peti undi, sabar bro, sabar itu subur tak sabar cepat masuk lubang kubur, banyak berpolitik negara hancur banyak tukang kayu terbuang. Sama sama putuskan rangtaian covid19. Rakyat sihat Negara makmur.