Seorang lelaki memaki penjual nasi lemak kerana ditegur tidak memakai pelitup muka dan melanggar SOP di ibu negara tular di media sosial telah ditahan polis.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang memaki penjual nasi lemak dan pelanggannya selepas ditegur kerana tidak memakai pelitup muka  ditahan polis semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, suspek berusia 33 tahun iti ditahan dirumahnya yang terletak berhampiran dengan gerai nasi lemak sekitar jam 8 malam tadi.

“Bertindak atas laporan polis yang diterima serta video insiden yang tular itu, polis berjaya mencekup suspek di rumahnya di hari yang sama.

“Suspek kini sudah direman dua hari hingga esok untuk membantu polis melengkapkan kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil siasatan lanjut juga suspek memiliki sebuah pusat Gimnasium di premis yang disewa di ibu negara tetapi tidak beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Suspek dalam penularan video semalam didakwa memarahi penjual nasi lemak selepas berang ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah gerai di Jalan Desa Bakti di sini pagi semalam.

Ia kemudiannya disusuli laporan polis daripada anak kepada wanita penjual nasi lemak terbabit.

Semalam, Basri dilaporkan berkata, satu laporan diterima polis daripada seorang wanita berusia 22 tahun pukul 3.40 petang mengenai insiden yang sama.

Insiden itu berlaku pukul 10.30 pagi semalam apabila wanita itu dan ibunya yang menjual nasi lemak dimarahi lelaki berkenaan dan video insiden itu dirakam seorang pelanggan lain yang kemudiannya berkongsi video berkenaan kepada pengadu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 masing-masing kerana melakukan ugutan jenayah serta melanggar SOP ditetapkan kerajaan.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki maki penjual nasi lemak selepas ditegur tak pakai pelitup muka

1 Komen

  1. Well done PDRM. Jangan kejap lagi, ada penyokong parti politik tertentu yang kata police brutality dan sebagainya.

Comments are closed.