Seorang wanita meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri di depan sebuah klinik di Taman Sentosa, Klang hari ini.- Pix FB.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri di depan sebuah klinik di Taman Sentosa, Klang hari ini.

Wanita itu kemudiannya disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian selepas insiden itu tular menerusi klip video dan beberapa foto di media sosial.

Katanya, siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika wanita itu bersama adiknya ingin mendapatkan rawatan di klinik berkenaan, kira-kira pukul 9.45 pagi .

“Sewaktu berada di depan klinik itu, wanita berkenaan secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambah Shamsul Amar, pihak ambulans telah dipanggil sebelum wanita berkenaan disahkan telah meninggal dunia.

Menurutnya, mayat wanita itu kemudian telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk  bedah siasat.

“Sebelum itu mangsa dilibatkan dalam ujian saringan Covid-19 dan keputusan saringan awal Rapid Test Kit (RTK) mendapati wanita itu disahkan positif Covid-19.

“Malahan si mati turut mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi dan kes kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) Covid-19,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast