Ustaz Abdullah Al Amin

KUALA LUMPUR – Pengerusi Yayasan Al Amin mengajak Ebit Liew, Caprice dan Nadir Al Nuri supaya menjernihkan kekusutan yang berlaku dengan cara baik.

Ustaz Muhammad Abdullah atau dikenali Ustaz Amin berkata, semakin perkara ini berlarutan, semakin akan mendedahkan cara dan jalan kita menbantu saudara kita (Palestin) di sana.

“Musuh (Israel) tidak perlu menghantar spy, mereka mengapi-apikan untuk kita sendiri bongkarkan apa teknik dan strategi kita menghantar bantuan ke sana.

“Baliklah pada niat asal, maafkanlah, jangan layan orang yang terus mengapikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Kalau perlu pertahan diri di mahkamah, saya mohon petunjuk Allah – Caprice

Muhammad juga salah seorang ustaz yang banyak berusaha menghantar bantuan dan mengetuai rombongan rakyat Malaysia ke Palestin sebelum ini.

Malah beliau mahu Ebit, Caprice dan Nadir bersama-sama berkongsi pengalaman untuk mereka mengambil iktibar termasuk dirinya.

Menurutnya, dalam isu berkaitan, netizen di negara ini berpecah kerana ada yang menyokong seseorang dengan taksub selain memusuhi seseorang yang dianggap tidak betul.

Ada yang akan simpati pada seseorang, ada yang tidak memihak mahu melihat perkara ini jernih, ada yang mahu melihat salah seorang ‘mati’ potensinya dan ada yang bosan dengan kisah asyik bergaduh.

“Saya doakan anda semua dan semua netizen yang ikhlas, yang tidak mengapi-apikan tokoh ini dan yang tidak taksub sehingga menghina orang yang bukan dari cara kita dengan kebaikan dan keberkatan hidup,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ebit jawab 10 dakwaan termasuk cium kaki menteri

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast