Fauzi Faizal.

JOHOR BAHRU – Menyedari pengorbanan petugas barisan hadapan, Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau mengambil inisiatif mengedarkan kira-kira 100 ketupat berserta rendang kepada empat balai polis di sini sempena Hari Raya Aidiladha.

Ketuanya, Fauzi Faizal berkata, pihaknya menghargai mereka yang selama ini banyak berkorban demi negara selain menceriakan mereka.

”Mungkin sumbangan ini tidak sebesar mana tetapi kami mewakili anak-anak muda setidak-tidaknya menghargai petugas barisan hadapan yang bertugas,” katanya di sini hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau, Fauzi Faizal (dua dri kanan) menyerahkan rendang kepada Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak sebagai tanda menghargai pengorbanan pihak polis di Tebrau hari ini.

Fauzi turut melahirkan rasa syukur kepada pasukan polis  kerana telah membantu mengawal ketat keadaan sepanjang penularan pandemik selain memastikan keadaan terutama di dalam Zon Tebrau selamat.

Menurutnya, aktiviti menyantuni anggota polis dalam kawasan Tebrau bukan suatu perkara yang baharu malah ia merupakan aktiviti tradisi Pemuda UMNO Tebrau yang dilakukan saban tahun walaupun dalam skala yang kecil.

“Antara balai polis yang sempat kami singgah seperti di Balai Polis, Schiantex, Polis Gerakan Am di Kong Kong, Balai Polis Taman Pasir Putih dan Ibu Pejabat Daerah Seri Alam.

“Aktiviti santuni barisan hadapan kita kali ini walaupun melibatkan ahli yang tidak ramai kerana  SOP kami tetap gembira kerana sekali lagi tahun ini Pemuda UMNO Tebrau sedikit sebanyak masih mampu menggembirakan mereka,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast