Radzi Jidin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam peringkat akhir meneliti pendekatan yang lebih efisien dan menyeluruh berhubung permohonan pertukaran guru.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, KPM sedar perkaran ini sudah berlarutan lamanya.

Kata beliau, apa yang penting, dalam menimbang permohonan pertukaran guru, KPM perlu memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

Ini bermaksud, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan di tempat yang dimohon merupakan pertimbangan utama.

“Insya Allah, KPM akan terus ikhtiarkan yang terbaik demi masa depan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

“Apa yang penting, teruslah beri kepercayaan kepada kami! Yakinlah, kami sentiasa junjung amanah yang diberikan dengan sehabis baik,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.