JOHOR BAHRU – Lelaki Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger akan didakwa dalam masa terdekat.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk melakukan pendakwaan kes itu selepas meneliti kertas siasatan.
Dia dijangka didakwa dengan dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 506 (mengugut) dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan (kurungan yang salah).
Pada 14 Julai lalu media melaporkan Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid, ditahan polis dalam satu serbuan di Muar kira-kira jam 9.45 malam pada 12 Julai.
Long Tiger’ ditahan polis kerana didakwa mengurung seorang bekas pekerjanya. – MalaysiaGazette