Djokovic memulakan pemburuan emas dengan langkah kanan di Olimpik Tokyo selepas menang selesa 6-26-2 ke atas pemain jaguh Bolivia dalam pusingan pertama Ariake Tennis Park hari ini.

TOKYO – Jaguh tenis nombor satu dunia Novak Djokovic memulakan pemburuan pingat emas Olimpik Tokyo kali ini dengan merekodkan kemenangan selesa dalam pusingan pertama hari ini.

Bintang Serbia itu hanya memerlukan 61 minit sahaja untuk menewaskan pemain Bolivia Hugo Dellien 6-2 6-2.

Djokovic menjadi pilihan pemain pertama untuk melengkapkan status Gold Slam dengan merangkul emas di Tokyo dan semua empat Grand Slam tahun ini ini.

Sebelum ini Djokovic menang tiga Grand Slam iaitu Terbuka Australia, Perancis dan Wimbledon awal Julai ini.

Jaguh berusia 34 tahun ini akan berentap dalam pusingan kedua berdepan pemain muda dari Rusia, Medvedev.

Dalam satu lagi pusingan pertama, Medvedev menundukkan jaguh Kazakhstan Alexander Bublik dengan keputusan 6-4 7-6 (10-8) dalam keadaan cuaca panas terik mencecah 32 darjah selsius di Taman Tenis Ariake.

Medvedev, 25, berpendapat penganjur sukan Olimpik perlu mengubah jadual permainan tenis supaya diadakan di sekitar jam 6 petang dan bukannya di bawah panas terik tengahari.

Rakan senegaranya dalam Tenis, Anastasia Pavlyuchenkova, 30, terpaksa mengambil rehat kecemasan seketika semasa perlawanan tenis di bawah matahari panas terik.

“Saya sangat ok sekarang tetapi sakit kepala kerana beraksi di bawah cuaca terlalu panas…kini gunakan beg ais untuk menyejukkan kepala.,” katanya sebelum menang 6-0 6-1 ke ats pemain Itali Sara Errani. – MalaysiaGazette