Temubual bersama penduduk, Abdul Mutalib Abdul Aziz, 44 di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 25 JULAI 2021

PETALING JAYA – Bila tiada lagi pilihan, seseorang terpaksa memilih untuk dibenarkan bekerja meskipun dalam keadaan kes positif Covid-19 meningkat.

Namun bagi pekerja kilang tayar, Abdul Mutalib Abdul Aziz, 44, yang sudah dua bulan diberikan cuti akibat syarikat tidak beroperasi memilih kelangsungan hidupnya.

Sudah terima dua dos vaksin Covid-19 atau sebaliknya kini tidak lagi penting, kecuali poketnya berisi untuk menampung keluarga perbelanjaan keluarga.

Semenjak dua bulan lalu, beliau membuat pelbagai kerja sambilan termasuk menghantar barangan dan makanan untuk memastikan anak dan isteri tidak berlapar.

“Saya harap penerima dua dos vaksin dibenarkan bekerja, macam saya dua bulan tidak kerja terpaksa menjalankan kerja-kerja sambilan untuk menampung sara hidup.

“Saya harap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukalah bidang pekerjaan, longgarlah sikit walaupun baru terima satu dos vaksi. Percepatkanlah pemberian vaksin kedua.

“Walaupun kes tinggi sekarang tapi saya harap dapat bekerja,” katanya kepada MalaysiaGazette sambil menambah pekerjaan lebih penting buat masa ini. – MalaysiaGazette