5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 143 kes kematian dilaporkan hari ini yang melibatkan 41 kes di Selangor, 21 kes di Negeri Sembilan dan 17 kes di Johor, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, 14 kes kematian lagi dicatatkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Perak, 10 kes di Kedah, sembilan kes di Sabah dan  tujuh kes di Melaka.

Menurut beliau, lima kes kematian masing-masing direkodkan di Pulau Pinang dan Kelantan serta tiga kes di Pahang.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 1,016 kes manakala kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 529 kes.

“Kes sembuh yang direkodkan sebanyak 12,373 kes dengan jumlah kumulatif adalah 877,812 kes.

“Jumlah kluster baharu yang dikesan sebanyak 41 kluster dengan jumlah kluster sebanyak 3,568 kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Negara kembali mencatatkan angka tertinggi kes harian positif Covid-19 direkodkan apabila sebanyak 17,405 dilaporkan hari ini.

Noor Hisham berkata, sehingga kini jumlah keseluruhan kes positif  sudah mencecah 1,061,476.

Beliau berkata, Selangor masih merekodkan 7,171 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,880 kes dan Kedah (1,112).

Sementara itu, daripada 17,405 kes harian itu, sebanyak 374 kes atau 2.1 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Noor Hisham berkata, manakala sebanyak 17,031 kes atau 97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 2,032 kes atau 11.7 peratus daripada jumlah kes pada hari ini mempunyai sejarah vaksinasi Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette