worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di negara ini mencatatkan 1.14 nilai Rt berdasarkan kes harian yang dilaporkan semalam.

Beliau menjelaskan, negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (RT 1.30), diikuti oleh Kelantan (RT 1.27) dan Johor, Sabah serta Kedah masing-masing nilai RT 1.23.

Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis.

“Kementerian Kesihatan Malaysia turut ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang mana kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham menambah, daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Menurutnya, secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta. – MalaysiaGazette