Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) menggesa supaya kerajaan segera mempertimbangkan penggunaan Ivermectin untuk pesakit Covid-19.

Presidennya, Lt. Col. (H) Che Hassan Che Johan berkata, berdasarkan kes harian yang kini mencecah lebih 17,000 sehari, rakyat kini ibarat menunggu kematian sendiri.

“Pertambagan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 8,201 kes atau 0.80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Dengan situasi semasa, rakyat ibarat menunggu gilaran untuk ke tanah perkuburan susulan peningkatan jumlah individu yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini 1,009 orang dengan 524 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“PPMM mengikuti laporan media pada 11 Julai lalu mengenai KKM tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya,” katanya menerusi kenyataan..

Apatah lagi, kata beliau, banyak negara lain yang terbukti telah menggunakan Ivermectin untuk tujuan melawan Covid-19.

Justeru Che Hassan mendakwa, secara umumnya Ivermectin telah terbukti selamat dan berkesan untuk digunakan.

“Ketua Pengarah Kesihatan Tan Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketika ini hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara ‘off label’ (ubat di luar indikasi tertera dalam label dan belum atau di luar persetujuan badan atau lembaga bertanggungjawab) sehingga kajian menyeluruh dijalankan.

“Saya dapati sudah banyak negara di seluruh dunia telah mengiktiraf Ivermectin adalah mampu mengubati Covid-19 seperti negara Afrika Selatan, Zimbabwe, Slovakia, Republik Szech dan Mexico yang telah meluluskan Ivermectin untuk penggunaan dan pakar perubatan profesional.

“Terbaru terkini kajian membuktikan pemberian Ivermectin secara berterusan kepada bilangan penduduk menunjukkan kesan dengan berkurangnya akibat Covid-19,” tambah beliau.

Pada 10 Julai yang lalu, Dr. Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.

Untuk rekod, pada awal bulan lalu, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu. -MalaysiaGazette