Siti Hajar Mubin

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Pahang menuntut kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan yang mengundang dukacita Yang di-Pertuan Agong.

Ketuanya, Datuk Siti Hajar Mubin berkata, kerajaan tidak boleh mengambil sikap membisu seribu bahasa dengan apa yang berlaku pada Persidangan Khas Parlimen 26 Julai lalu.

“Kesilapan sudah amat jelas dan rakyat semua sudah maklum, maka tiada pilihan yang ada kepada kerajaan kecuali permohonan keampunan ke sisi Seri Paduka Baginda.

“Perdana Menteri dan menteri berkenaan haruslah mengalas tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku menerusi cara meletak jawatan secara terhormat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Siti Hajar berkata, Wanita UMNO Pahang menjunjung titah atas penzahiran perasaan amat dukacita Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat.

Pembatalan itu, kata beliau, disebut di Parlimen oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang mana sebenarnya tidak mendapat perkenan baginda terlebih dahulu sepertimana titah maklum dalam kenyataan media oleh Istana Negara semalam.

“Kita berasa teramat sedih dan sangat kesal dengan kejadian ini yang bukan sahaja membelakangi kuasa baginda selaku ketua utama negara, malah juga prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Rakyat yang faham perlembagaan dan undang2 sudah tahu duduk perkara. Taknak kecoh disamping nak jaga airmuka yang berkenaan. Cuma yang kurang cerdik masih terpinga-pinga.

    Kalau nak tonjolkan diri tu, get your facts right first.

Comments are closed.