Ally Iskandar (kiri) dan Hawa Rizwana.

KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen, Ally Iskandar dan pembaca berita Buletin Utama, Hawa Rizwana memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di stesen Buletin FM pada hari ini.

Sebelum ini, Buletin FM lebih dikenali sebagai Kool FM dan telah melalui pembaharuan dengan penjenamaan semula.

Tidak ketinggalan buat Douglas Lim yang cukup dikenali sebagai pelakon, pelawak dan pengacara televisyen menyertai Fly FM dalam segmen pagi bersama penyampai sedia ada  iaitu Ili.

Bekas pemenang program Flydol yang juga seorang penyanyi dan penulis lirik ini akan ke udara bersama Douglas juga bermula hari ini pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Baru-baru ini, platform radio Media Prima, RIPPLE yang dahulunya dikenali sebagai Rangkaian Radio Media Prima mengumumkan mengenai beberapa individu yang menjadi penyampai radio.

Sebelum ini, stesen Hot FM membuat kejutan dengan menyaksikan Fara Fauzana akan bersama Hot FM sebagai orang ketiga disamping AG dan Fad untuk segmen pagi di Hot FM.

Trio berkenaan memulakan segmen pagi secara rasmi di Hot FM setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi. – MalaysiaGazette