Menteri Besar Johor,Mohammad menandatangani plak perasmian selepas tinjauan ke Klinik Kaunseling Mindx di Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) Daerah Segamat, Johor semalam.

SEGAMAT – Program  Perkhidmatan  Psikologi  dan  Kaunseling  secara  dalam talian Johor (Mindx)  yang menerima peruntukan sebanyak RM1 juta diyakini dapat memberi manfaat kepada 10,000 rakyat   yang   memerlukan  bantuan kesihatan mental.

Ia bagi membantu mereka yang terkesan daripada segi kesihatan mental akibat penularan Covid-19, kata Menteri Besar Johor, Datuk Ir   Hasni  Mohammad.

Mindx  diyakini  mampu memperkasakan   pengurusan  pandemik   secara   menyeluruh   di Johor khususnya.

“Lebih-lebih  lagi  kepada  mereka  yang  terkesan  dalam  tempoh  pandemik, mereka  memerlukan  sokongan   dalam   segenap   aspek.

“Kesihatan  mental  adalah  sama  pentingnya  dengan  kesihatan  fizikal.  Justeru,  langkah  pencegahan  pada        peringkat  awal  amat  perlu  dilaksanakan  bagi  mengatasi  masalah  tekanan  dan  trauma  pesakit,”  katanya  selepas merasmikan Pejabat  Yayasan   Pembangunan   Keluarga   Darul   Ta’zim   (YPKDT)  Bandar   Segamat semalam.

Perkhidmatan  Kaunseling  dan  Psikologi  Negeri  Johor  merupakan  salah  satu  inisiatif  yang  diumumkan  Menteri  Besar   dalam   Pakej   Rangsangan   Ekonomi   (PRE)   Ihsan  Johor   3.0.

Terdapat  enam  program  yang  dilaksanakan  di  bawah  inisiatif  ini,  antaranya  sesi  kaunseling  dalam  talian,   webinar,   klinik  kaunseling,   pasukan   bergerak   kaunselor   Johor   dan  kumpulan   sokongan.

Orang  ramai  yang  ingin  mengetahui  lebih  lanjut  tentang  program  berkenaan  boleh  melayari  laman  web    www.mindx.my.

Dalam  perkembangan  lain, Hasni turut menyampaikan  baucer  makanan  KFC  sebanyak  RM2  juta kepada  Pengurus  Besar  Yayasan  Johor  Corporation  (Jcorp),  Noor  Ruzilawati  Ruddin  di  Pejabat  Jabatan    Kebajikan   Masyarakat   (JKM)
Segamat   di   sini   semalam.

Penyerahan  baucer  itu   merupakan  sebahagian  daripada  inisiatif  di  bawah  PRE  Ihsan  Johor  3.0. Ia  bakal   diagihkan   oleh   Yayasan   Jcorp   sebagai   agensi   penyelaras.

Turut hadir,  Pengerusi  Jawatankuasa  Pembangunan  Wanita,  Keluarga  dan  Masyarakat  Zaiton  Ismail,  Setiausaha  Bahagian  Pengurusan  Sumber  Manusia,  Kerajaan  Negeri  Johor, Hasrin  Kamal  Hashim dan   Ketua   Pegawai   Eksekutif   YPKDT,   Nurul  Naqiah   Fadzil. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast