KUALA LUMPUR – Setakat jam 4 petang tadi, terdapat penambahan lima pencawang elektrik yang dihentikan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasioal Berhad (TNB) di Kelantan.
Langkah ini dilakukan ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Pasir Putih, Kelantan.
Kawasan-kawasan yang tidak mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan demi keselamatan pengguna setempat seperti berikut:
Kota Bharu
1. G-Orange
2. Sekolah Kebangsaan Kadok
3. Taman Sri Kulim
Pasir Putih
1. DPS 9-12
2. BELB Sungai Gali
3. Kilang Bata Tasek Pauh
4. Yik Tualang Tinggi
TNB Careline memberitahu, sekiranya banjir semakin bertambah buruk , berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.
Nasihatnya, elak dari memijak kawasan yang berair jika terdapat talian elektrik putus atau jatuh di atas tanah atau dalam air. – MalaysiaGazette
















