Shahidan Kassim.
Shahidan Kassim.

KUALA LUMPUR – “Presiden UMNO berkata, kerajaan PN (Perikatan Nasional) dibentuk oleh ahli-ahli Parlimen.

“Kenapa ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tarik sokongan tanpa merujuk sepatah kepada ahli-ahli Parlimen UMNO?”

Itu pertanyaan Pengerusi Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim dalam media sosialnya malam ini.

Beliau mengulas keputusan MT UMNO petang tadi yang memutuskan hubungan dengan kerajaan PN.

“Ke mana UMNO akan pergi sekarang? Bersama PKR dan DAP? Sanggupkah UMNO jadi pembangkang? UMNO mesti bersama kerajaan, No Anwar, No DAP,” kata Ahli Parlimen Arau itu.

Terdahulu, Shahidan mendakwa kerajaan PN masih mantap dan tidak jatuh dan meminta semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC dari UMNO supaya jangan letak jawatan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Muhyiddin hilang majoriti, surat akuan sokongan sudah dihantar ke Istana – Zahid

1 Komen

  1. Haaa lawak lah ko Shahidan…masa korang MP UMNO buat mesyuarat dan keluar statement pakai kepala surat BN, ko ada jemput ahli MKT UMNO tak? haaa

Comments are closed.