loses majority President of UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Muhyiddin Yassin Perikatan Nasional Supreme Council meeting withdraw support PN Prime Minister
President of UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri.

Keputusan itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media hari ini.

“Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong maka, Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin selaku Perdana Menteri,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.

Beliau juga mendakwa Surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tak usahlah UMNO nak buat kerjasama dengan mereka yang punyai REKOD MORAL yang serius dimahkamah persekutuan?

    Tak akan selamat dunia akhirat, kah..kah..kah..

Comments are closed.