Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.74 seliter bagi tempoh 5 Ogos 2021 sehingga 11 Ogos 2021.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.74 seliter bagi tempoh 5 Ogos 2021 sehingga 11 Ogos 2021.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 liter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Langkah ini bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette