Dewan Rakyat Members of Parliament MP Speaker The government has agreed to advise Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah to hold the Third Term of 14th Parliament Sitting for five days from 26 until 29 July
Sidang khas Parlimen mengenai RUU Anti Lompat Parti bermula hari ini.

HARI demi hari kita melihat, segelintir pemimpin-pemimpin di Malaysia dari pelbagai
pihak/ parti menunjukkan yang mereka ini tidak lagi profesional dalam memainkan
peranan dan tanggungjawab sebagai seorang wakil yang dipilih oleh rakyat.

Justeru itu, saya menyeru kepada pelapis kepimpinan negara pada masa akan
datang untuk kita mengorak langkah ke arah pemikiran dan amalan “Politik
Baharu”. Biarpun mereka menganggap politik baharu ini sebagai satu ramalan,
tetapi kami pelapis kepimpinan negara akan menggunakannya sebagai satu amalan.

Di samping itu, saya ingin mencadangkan agar diadakan satu pelan yang
memfokuskan kepada mewujudkan Politik Baharu untuk jangka masa yang
panjang. Pada hari ini rakyat makin cerdik, bijak dan mahir didalam bidang politik
dan sebagainya.

Politik hari ini perlu mengikut peredaran zaman yang bukan sahaja mementingkan kemajuan pembangunan dan ekonomi semata-mata tetapi perlu mengangkat dan memberi peluang kepada rakyat yang berkemahiran untuk turut terlibat didalam merancang / membina negara kearah kemajuan.

Dengan hal demikian, suara rakyat, derita rakyat, pandangan rakyat dan kemahiran rakyat tidak disia-siakan serta menjadikan platform politik sebagai satu harapan kepada
kemajuan pembangunan, ekonomi dan rakyat didalam negara.

Akhir sekali, kita rakyat dan juga pelapis kepimpinan masa akan datang perlu memulakan langkah yang murni ini supaya landskap politik yang kian kotor hari demi hari akan dapat dipulihkan pada masa akan datang.

Usah menangguhkan perjuangan ini hingga pru tetapi buktikan pada hari ini kita tidak lagi bertolak ansur dengan politik wang, politik kotor dan politik yang hanya mementingkan diri sendiri.

Usah bertangguh kerana jika kita tangguh lebih lama penyakit politik kotor ini
akan lebih kronik dan sukar untuk dipulihkan. Ayuh rakyat Malaysia khususnya
pelapis kepimpinan negara untuk terus memperjuangkan Politik Baharu ini.

Abdul Hakim Hafizi Hamizan
Ahli Parlimen Belia Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast