Helikopter mengisi air di Tasik Beletsi ketika kebakaran besar melanda perkampungan Ippokratios Politia di Athens. foto Reuters

ATHENS – Dua orang terbunuh dan enam kawasan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana kebakaran besar yang tidak terkawal merebak ke seluruh Greece.

Asap besar menyelubungi pinggir utara Athens menyebabkan penduduk diminta untuk meninggalkan kediaman mereka selepas api terus meranapkan kediaman dan harta benda lain.

Seorang anggota bomba sukarelawan berusia 38 tahun terbunuh selepas tiang elektrik yang jatuh di pinggir bandar ibu kota ketika sedang memadamkan kebakaran.

Mangsa kedua adalah Presiden Dewan Perniagaan Athens, Konstantinos Michalos.

Dia ditemui tidak sedarkan diri di sebuah kilang berhampiran kawasan kebakaran yang marak.

Sementara itu, 20 orang lagi dilaporkan cedera.

Perdana Menteri Greece berkata, gelombang panas telah menjadikan negara ini menjadi ‘tong kuasa’.

Anggota bomba memerangi 154 kebakaran belukar di seluruh negara.

Dengan angin kencang, kebakaran terus merebak di sekitar utara Athens.

Kebakaran juga marak di Pulau Evia yang berdekatan dan kawasan yang dekat dengan Olympia, tempat kelahiran Sukan Olimpik.

“Kami menghadapi malam yang lebih sukar,” kata Menteri Nikos Hardalias.

Menurutnya, pasukan bomba bertempur siang dan malam untuk menyelamatkan nyawa bersama sukarelawan. BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast