LONDON – Cristian Romero secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain baharu Tottenham Hotspurs.
Bintang Argentina itu telah melengkapkan perpindahan dari Atalanta dengan nilai 47 juta juta (RM275 juta).
Pengumuman rasmi pembelian itu dimaklumkan Spurs dalam laman web rasmi kelab itu hari ini.
Romero akan memakai jersi nombor empat untuk Spurs nanti menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) 14 Ogos ini.
Romero, 23, digelar sebagai pemain pertahanan terbaik dalam Serie A Itali musim lalu membantu Atalanta menamatkan saingan liga di tempat ketiga selama tiga musim berturut-turut.
Dia juga beraksi dalam skuad Argentina yang telah menjulang gelaran Copa Amerika selepas 27 dengan menewaskan juara bertahan Brazil Julai lalu.
Romero merupakan pemain ketiga yang direkrut ke White Hart Lane oleh Spurs.
Menurut Romero, dia bersedia untuk beraksi dalam aksi pertama EPL minggu depan dan sedia memberikan segalanya bagi memenangkan kelab itu.
“Saya gembira menyertai kelab ini dan menyarung jersi Spurs.
“Saya mahu merakamkan penghargaan kepada penyokong atas segala mesej dan kata-kata semangat yang dirakamkan dalam media sosial,” katanya.
Bagaimanapun, Spurs tidak memperincikan tempoh kontrak yang telah dipersetujui kelab bersama pemain itu.
Pengerusi kelab, Daniel Levy berkata, Jun lalu kelab lebih berhati-hati untuk berurusan dengan jendela perpindahan dan pembelian pemain kali ini selepas merekodkan kerugian £200 juta akibat Covid-19. – tottenhamhotspurs.com