Bekas Ketua Polis Daerah Dang wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada jurukamera Malaysia Gazette, Aizat Md Raus pada Majlis Penghargaan kepada Pengamal Media di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI,07 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Senior Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai, anggota Ibu Polis Daerah Dang Wangi yang memberi kerjasama pada yang terbaik kepadanya sepanjang perkhidmatannya di IPD tersebut.

Ucapan yang sama turut dizahirkan oleh beliau kepada pengamal-pengamal media.

”Terima kasih rakan-rakan saya serta kerjasama media yang bantu saya selama ini menjalankan tugas mengawal jenayah dan menjaga ketenteraman ibu kota dengan baik sejak Novembr 2020 sehingga sekarang,” katanya dalam majlis ringkas penghargaan Media norma baharu SOP Covid-19 di sini hari ini.

Mohamad Zainal sudah menyerahkan jawatan kepada ketua polis IPD baharu semalam selepas dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mulai hari Isnin depan.

ACP Mohamad Zainal Abdullah (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada wartawan Malaysia Gazette, Kumara Sabapatty pada Majlis Penghargaan kepada Pengamal Media di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI,07 OGOS 2021.

Dalam ucapannya, beliau yakin penggantinya, Asisten Komisioner Noor Dellan Yahaya akan terus mengurus dan memantapkan IPD Dang Wangi.

“Saya harap kerjasama yang sama diberikan kepada pengganti saya selepas ini dan yakin beliau yang mempunyai latar belakang dan pengalaman kerja di Bukit Aman mampu meletakkan IPD Dang Wangi di tahap tinggi di mata masyarakat,” ujarnya.

Sambil berseloroh, beliau berkata, Isnin lalu semasa himpunan ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka adalah tugas kemuncaknya di IPD Dang Wangi.

“Tak sangka naik lori FRU itu acara kemuncak saya melengkapkan tugas di IPD ini sebelum pindah ke Bukit Aman,” katanya.

ACP Mohamad Zainal Abdullah (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada wartawan Malaysia Gazette, Norzazrina Zainuddin pada Majlis Penghargaan kepada Pengamal Media di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI,07 OGOS 2021.

Mengulas mengenai tugas baharunya, Mohamad Zainal berkata, beliau bakal mengendalikan kes-kes profil tinggi membabitkan tiga R iaitu Royal, Religious dan Race dan membabitkan siasatan orang kenamaan.

Sementara itu, Noor Dellan berikrar akan cuba sedaya upaya untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pucuk kepimpinannya,” kata beliau yang berlatarbelakangkan dalam unit perisikan atau lebih tepat dari D4 Central Criminal Intelligence Unit (CCIU)/Rekod Jenayah di JSJ Bukit Aman. – MalaysiaGazette