Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang meluluskan tambahan 104 unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk diberi secara percuma kepada golongan memerlukan khususnya mereka yang tersenarai dalam daftar ‘e-kasih’.

Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy berkata, projek pembinaan rumah tersebut akan dilaksanakan mulai bulan depan.

Katanya, tambahan itu diputuskan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri hari ini.

Menurut beliau, projek tersebut merupakan tambahan di bawah Fasa 3 juga kepada 102 unit yang telah dilulus di bawah Fasa 2 untuk pelaksanaan dan pembinaan pada tahun ini.

Katanya, dengan penambahan itu bermakna sebanyak 206 unit RRP bernilai RM65,000 seunit atau RM13.39 juta dilaksana dan dibina pada tahun 2021.

“Di bawah RRP, rumah dibina untuk diberi secara percuma kepada golongan memerlukan rumah khususnya mereka tersenarai dalam daftar ‘e-kasih’,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Fasa 1 RRP dilancarkan tahun lepas atas keprihatinan kerajaan negeri untuk membantu golongan memerlukan dan sebanyak 98 unit bernilai RM6.37 juta telah siap dibina serta diduduki.

Agihan pada tahun tersebut ialah dua unit masing-masing di 42 kawasan Dewan Undangan Negeri dan satu unit bagi 14 kawasan Parlimen di negeri ini.

“Adalah diharapkan, lebih banyak lagi RRP dapat dibina pada masa depan dengan berdasarkan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN :

ECERDC tarik pelaburan komited RM9.5 bilion ke Pahang

Pasar Tani UTC Pahang kembali beroperasi

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast