Dalam kenyataan itu, Rara turut memuatnaik hantaran yang didakwa menyalahgunakan gambarnya.- Gambar FB Rara.

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat DAP, Young Syefura Othman kesal gambarnya digunakan dalam satu promosi ubat kuat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari yang dikenali Rara itu mendakwa gambarnya digunakan tanpa kebenaran.

“Gambar saya ini telah digunakan tanpa kebenaran saya. Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun ini.

“Saya juga memohon kepada semua untuk melaporkan akaun dan post ini,” katanya dalam hantaran media sosialnya hari ini.

Dalam kenyataan itu, Rara turut memuatnaik hantaran yang didakwa menyalahgunakan gambarnya.

Menurut Rara, beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang menggunakan gambar saya tanpa kebenarannya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast