Shuib bersama salah seorang anaknya.-Pix FB

KUALA LUMPUR- “Ibu dah tak akan balik tau, kita dah tak jumpa ibu, ibu dah tak ada dalam dunia. Ibu dah dekat syurga.”

Itu kata-kata pelawak, Shuib kepada tiga anak-anaknya mengenai pemergian ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raissudin.

Mereka kemudiannya berpeluk dan menangis seperti dalam rakaman detik-detik Shuib memaklumkan kematian ibu anak-anaknya di media sosialnya semalam.

Terdahulu, menurut Shuib, anak-anaknya sudah nampak berita mengenai ibunya di saluran Youtube.

“(Mereka) siap tanya penjaga kenapa cakap ibu arwah, ibu kan koma je. Lepastu diorang tanya lagi kenapa ada video “Anak-anak tidak tahu ibunya telah tiada.”

“Ya Allah beratnyaa hati kami, akhirnya dengan lafaz bismillah, selawat, daddy terangkan hal sebenar dengan tenang. Anak-anak menangis, mengharapkan ibu balik, rindukan ibu.

“Uwais, Talita, Matin dan Ayash, jadilah anak yang soleh dan solehah, rajin solat, pandai mengaji al-Quran, selalu bersedekah dan dengar cakap daddy dan family,” tulis Shuib di media sosialnya.

Allahyarham Siti Sarah, penyanyi berusia 37 tahun itu meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras di sini, pada 5.13 pagi  Isnin lalu.

Jenazahnya dikebum1kan pada 1.45 tengah hari, di Tanah Perkubur4n Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bila Shuib beritahu Sarah sudah tiada, saya hilang kata-kata – Raissudin