KUALA LUMPUR – Nilai Kadar Kebolehjangkitan (RT) di negara adalah sebanyak 1.06 berdasarkan data terkini semalam, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis iaitu 1.40 diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan, masing-masing nilai RT 1.23).
Kata beliau, Sabah dan Pulau Pinang juga masing-masing mencatat ilai RT 1.16.
“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini. – MalaysiaGazette