Sebuah kenderaan yang dipercayai membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Redzuan Md Yusof tiba ke kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pertemuan khas di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 14 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini tidak putus-putus dikunjungi anggota Kabinet sepanjang hari ini.

Antara yang dilihat hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas); dan Datuk Seri Redzuan Md Yusof.

Turut kelihatan Penasihat Khas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) ketika ditemui berkata, beliau hadir ke kediaman Muhyiddin untuk mesyuarat pengurusan Bersatu.

Enggan mengulas lanjut mengenai mesyuarat tersebut serta perkembangan terkini Bersatu, katanya, parti akan mengeluarkan kenyataan kelak.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast