Orang ramai terpaksa meredah jalan raya yang dinaiki air susulan hujan lebat di Jepun. foto Reuters

TOKYO – Jepun memerintahkan hampir dua juta orang untuk berpindahkan keluar dari kediaman masing-masing ekoran hujan lebatdi beberapa bahagian Jepun.

Amaran hujan tahap tertinggi telah dikeluarkan di sejumlah wilayah, termasuk Fukuoka dan Hiroshima.

Seorang wanita telah meninggal dunia manakala suami dan anak perempuannya hilang setelah tanah runtuh memusnahkan dua kediaman di wilayah Nagasaki.

Lebih daripada 150 tentera, polis dan anggota bomba telah dikerah untuk membantu operasi menyelamat di kawasan itu.

Bahagian barat negara ini paling teruk terjejas tetapi hujan lebat dijangka berlaku di seluruh negara dalam beberapa hari akan datang.

Di daerah Saga, sebuah hospital memindahkan pesakit ke tingkat atas setelah Sungai Rokkaku yang berdekatan melimpah dan membanjiri bangunan itu, lapor agensi berita Kyodo, dengan memetik pihak berkuasa tempatan.

Secara keseluruhannya, amaran berpindah tidak wajib dikeluarkan pada lebih daripada 1.8 juta orang di tujuh wilayah, menurut NHK penyiar Jepun.

Agensi meteorologi Jepun menggambarkan hujan semasa sebagai “belum pernah terjadi sebelumnya”.

“Kemungkinan besar bencana telah berlaku,” kata jurucakapnya, Yushi Adach.

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan jalan-jalan raya tenggelam.

Sungai-sungai di Saga dan Fukuoka pula telah melimpah keluar ekoran paras air yang masih meningkat, kata laporan media tempatan. – BBC