Sebuah bangunan di Les Cayes musnah akibat gempa bumi. foto EPA

PORT-AU-PRINCE – Gempa bumi kuat melanda Haiti, mengorbankan 304 orang penduduk manakala lebih 1,800 orang lagi cedera.

Bencana dengan 7.2 magnitud itu berlaku di barat kepulauan itu memusnahkan bangunan termasuk hotel dan gereja.

Perdana menteri berkata, gempa itu mengakibatkan kerosakan besar dan mengumumkan darurat selama sebulan.

Haiti masih dalam proses pemulihan akibat gempa bumi yang dahsyat pada tahun 2010.

Pusat gempa terletak kira-kira 12 kilometer (7.5 batu) dari bandar Saint-Louis du Sud, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran itu dirasakan di ibu kota Port-au-Prince yang berpenduduk padat, sekitar 125km jauhnya dan di negara-negara jiran.

USGS sebelumnya memberi amaran gempa boleh mengakibatkan ribuan kematian dan cedera.

Ia juga mengatakan sekurang-kurangnya enam gempa susulan telah dirasakan di wilayah ini termasuk satu yang berukuran 5.1 skala Richter.

Frantz Duval, Ketua Editor akhbar Haiti Le Nouvelliste menerusi Twitter berkata, dua hotel adalah antara bangunan yang musnah di bandar Les Cayes.

Hospital pula menerima kemasukan pesakit yang banyak.

“Ia berlaku perlahan, kuat dan ia mengambil beberapa saat untuk mengoncangkan bumi Haiti, kira-kira pukul 8.30 pagi pada 14 Ogos,” tulis Duval. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast