Pep membidas Jurgen Klopp yang menuduh Man City melanggar FFP dalam soal pembelian Jack Grealish. Kredit foto: PA Media

LONDON – Pep Guardiola membidas keceluparan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang mendakwa Manchester City telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar sesuka hati tanpa kawalan dalam membeli pemain ke kelab.

Sebagai menafikan dakwaan tidak berasas itu, pengurus pasukan biru langit berkenaan mencabar Klopp membuktikan dakwaannya itu.

“Jangan cakap besar (Liverpool), kalau kamu (Klopp) rasa Man City melanggar Peraturan Keadilan Kewangan (FFP) sila tampil dan tunjukkan buktinya,” katanya.

Selepas 13 bulan Mahkamah Arbitrari Sukan (CAS) mengenepikan hukuman penggantungan dua tahun yang dijatuhkan Uefa terhadap Man City atas dakwaan melanggar peraturan FFP, isu itu dibangkitkan semula kali ini.

Isu itu berbangkit semula setelah Man City mengeluarkan dana rekod British berjumlah £100 juta untuk membeli Jack Grealish.

Bagaimanapun Guardiola mempertahankan tindakan kelab menandatangani pemain England itu.

Menurut Guardiola, pembelian Grealish menjadi realistik tanpa halangan disebabkan penjualan yang dilakukan kelab berjumlah £60 juta sejak 12 bulan yang lalu dan penerimaan bonus £11 juta dari Borussia Dortmund untuk Jadon Sancho yang telah dijual kepada jirannya Manchester United.

Manakala Klopp mendakwa kelabnya tidak boleh dibandingkan dengan Man City yang boros.

Itu pandangan yang ditolak dan dibidas oleh Guardiola.

“Kita ada had perbelanjaan untuk kelab ke atas pemain disebabkan wujudnya peraturan FFP.

‘Kami juga sama seperti kelab lain dan jika sesiapa sangka kami melanggar FFP sila buktikan sekarang,” tegasnya.-BBCSport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast