PORT-AU-PRINCE – Selepas lebih 24 jam dilanda bencana, angka korban akibat gempa bumi di Haiti naik mendadak melebihi 1,200 nyawa.
Jumlah mangsa yang terbunuh dan tercedera dijangka terus bertambah kerana masih ramai yang terperangkap di bawah sisa runtuhan
Les Cayes, yang terletak 160 kilometer dari ibu negara Port au Prince, menjadi kawasan yang paling terkesan.
Di beberapa kawasan sekitar, laluan darat yang menjadi penghubung dilaporkan terputus akibat tanah runtuh kesan dari gegaran yang berlaku.
Setakat ini, lebih 1,297 disahkan terkorban dan lebih 5,700 lagi cedera.
Menurut pihak berkuasa, hampir 13,600 bangunan musnah dan lebih 13,700 pula rosak teruk
Selain kesan kemusnahan yang berskala besar, operasi mencari dan menyelamat berdepan dengan ancaman baru, iaitu ribut Tropika Grace yang diramal semakin menghampiri negara itu. – Agensi