KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicalonkan oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebagai calon Perdana Menteri.
Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kepada media di sini malam ini.
“Ya, dialah (Ismail Sabri) calonnya,” katanya ketika ditemui di Lobi Menara Dato Onn selepas selesai Mesyuarat BN malam ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, BN hanya seorang calon dari UMNO dicadangkan.
Calon berkenaan bersih dan tiada kes yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat – MalaysiaGazette
Tajudin ni Pengerusi BN baharu kah? haa