KUALA LUMPUR – Industri telekomunikasi dan penyiaran menyediakan beberapa tambah nilai pakej untuk kemudahan rakyat sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Tawaran-tawaran itu adalah seperti berikut:

a) Tawaran Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin bagi membolehkan semua rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf pelbagai peranti mudah alih yang menyokong 4G dan VoLTE, bermula dengan RM1.

Syarikat telekomunikasi yang akan mengambil bahagian ialah Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile and YTL.

Suruhanjaya Komunikasi Multi Media berkata, pemberian data harian sebanyak 1GB oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Selain itu, bagi inisiatif Learn From Home (LFH) oleh pihak YTL dalam menyokong sistem pendidikan, ia juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 dan sokongan berterusan bagi pakej Jaringan Prihatin yang dilanjutkan sehingga 30 September 2021 untuk golongan B40; dan

Menurut SKMM, pemberian akses tontonan secara percuma beberapa saluran premium terpilih oleh syarikat penyiar swasta seperti Astro dan Unifi kepada pelanggan mereka. Astro juga menyediakan saluran percuma, Astro 25 di saluran 100, yang akan menyajikan kandungan tempatan berkisar kepada pengorbanan, semangat patriotik serta kejayaan yang telah Malaysia kecapi.

Pakej-pakej yang ditawarkan ini dijangka memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat untuk menghadapi perubahan norma baharu dalam pendidikan, pekerjaan dan banyak lagi, di samping meringankan beban perbelanjaan para pengguna. – MalaysiaGazette