KUALA LUMPUR – Banyak sektor dibuka semula kerana ekonomi dan bukan kerana ia selamat.
Itu peringatan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang ada kaitan dengan kelonggaran diberikan kepada individu termasuk di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ia diberi kepada mereka yang telah menerima dos vaksin lengkap.
“Perlu diingat, sila pakai topeng, topeng berganda jika boleh, amalkan jarak fizikal dan kerap mencuci tangan.
“Elakkan ruang yang sesak dan terkurung. Tetap selamat dan dapatkan vaksin secepat mungkin,” ciap Dr. Noor Hisham di Twitternya malam ini.
Petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keputusan Majlis Keselamatan Negara yang membenarkan beberapa sektor dibuka semula mulai esok termasuk makan di restoran, pasar malam dan pasar tani kepada penduduk negeri Fasa 1 PPN.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Aktiviti dine-in, pasar malam dibenarkan di negeri-negeri Fasa 1 mulai esok
Tujuan untuk galakkan rakyat Malaysia dapatkan 2 dos vaksin. Kerana kurangnya yang mendaftar sampai tahap kerajaan Negeri Selangor terpaksa bagi pinjam vaksin projek Selvac.