Kejadian maut  membabitkan dua lelaki warganegara India maut kerana jatuh dalam lubang pembetungan baru-baru ini tidak melibatkan kontraktor atau aset selenggaraan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR – Kejadian maut  membabitkan dua lelaki warganegara India maut kerana jatuh dalam lubang pembetungan baru-baru ini tidak melibatkan kontraktor atau aset selenggaraan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

Kedua-dua mangsa tersebut adalah pekerja kontraktor yang dilantik pemaju di kawasan terbabit dan aset pembetungan di sana masih belum diserahkan kepada IWK serta merupakan tanggungjawab selenggaraan pihak pemaju berkenaan.

“Merujuk laporan media bertajuk “2 Pekerja Maut Jatuh Dalam Lubang Pembetungan” yang disiarkan kelmarin, dua lelaki warganegara India telah maut ketika melakukan kerja-kerja pembersihan paip pembetungan di Pinggiran Cyber, Dengkil.

“Sebagai syarikat pembetungan nasional, IWK sentiasa memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja terutama apabila melakukan kerja-kerja di ruang terkurung mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan pihak berkausa,” kata IWK dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi majikan dan pekerja industri pembetungan yang memerlukan latihan bekerja di ruang terkurung boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Pusat Kecemerlangan Latihan, Penyelidikan & Innovasi Asia di Kuala Lumpur, hubungi talian 03-8996 7514/11 atau layari laman web iwk.com.my.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua pekerja maut jatuh dalam lubang pembentungan