Kamarulzaman mengadakan sidang media selepas meninjau lokasi penternak lembu mati ditembak di Bukit Selambau, Kedah semalam.

SUNGAI PETANI – Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tembak seorang penternak lembu di Bukit Selambau di sini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, ketiga- tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 18 hingga 34 tahun itu diberkas dalam beberapa serbuan sekitar negeri ini.

Kamarulzaman.

Jelas beliau, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk dakwaan kes itu membabitkan penglibatan geng kongsi gelap.

“Buat masa ini, saya tidak boleh beri apa motif kejadian memandangkan siasatan sedang dijalankan.

“Apa yang boleh saya beritahu ketika ini, ketiga-tiga suspek yang ditahan itu mempunyai rekod lampau dan mereka direman selama tujuh hari sehingga 30 Ogos ini membantu siasatan.

Pihak polis melakukan siasatan di lokasi seorang penternak lembu mati ditembak Bukit Selambau semalam.

“Kita juga sedang mengesan beberapa suspek lagi yang dipercayai terlibat dalam kes ini agar motif kejadian sebenar dapat dirungkai,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Terdahulu, Kamarulzaman bersama Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah meninjau semula lokasi kejadian seorang penternak lembu ditemui mati akibat ditembak.

Mengulas lanjut, Kamarulzaman berkata, hasil pemeriksaan pihak forensik ke atas mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tembakan dan tetakan pada bahagian depan serta belakang badannya.

“Senjata tajam yang digunakan untuk menetak mangsa masih belum ditemui, namun polis menemui beberapa kelongsong peluru di lokasi kejadian.

“Sehubungan itu, kita mohon tiada spekulasi dibuat berhubung kejadian ini,” ujar beliau.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan seorang penternak lembu mati akibat ditembak dan ditikam dalam satu kejadian di tepi jalan Kongsi 14, Bukit Selambau di sini, semalam.

Kejadian jam 8 malam itu berlaku ketika lelaki berusia 38 tahun dikatakan sedang menunggang motosikal dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Mayat mangsa ditemui dengan beberapa kesan tembak dan tetakan.

Difahamkan, mangsa ditemui tiga kilometer dari lokasi motosikalnya. – MalaysiaGazette

Penternak lembu mati ditembak di Bukit Selambau

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast