Sebanyak RM10.2 juta telah diagihkan oleh kerajaan Persekutuan bagi kemudahan peralatan perubatan untuk menangani kes kritikal Covid-19 di hospital kerajaan di Pahang.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Sebanyak RM10.2 juta telah diagihkan oleh kerajaan Persekutuan bagi kemudahan peralatan perubatan untuk menangani kes kritikal Covid-19 di hospital kerajaan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, kemudahan tersebut untuk merawat pesakit akibat kadar peningkatan kes pandemik.

Daripada jumlah peruntukan tersebut, katanya, sebanyak RM 4.8 juta untuk kemudahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Manakala sebanyak RM3.8 juta diperuntukkan kepada Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh dan RM1.6 juta pula disalurkan kepada Hospital Kuala Lipis.

Tambah Norolazali, sehingga 20 Ogos lalu, Pahang telah mencatatkan 394 rekod kematian atau 2.9 peratus daripada 13480 kes daripada jumlah keseluruhan akibat Covid-19.

“Terdapat 11 hospital kerajaan beroperasi dengan empat buah hospital yang mempunyai Unit Rawatan rapi (ICU) yang menggunakan 107 katil di ICU.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 111 kematian direkodkan di HTAA, 46 kes di HOSHAS dan 3 kes di Hospital Kuala Lipis,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN :

Kerajaan negeri perlu tambah keluasan hutan simpan – Pemangku Raja Pahang

Berbahas secara rasional, utama kepentingan rakyat – Pemangku Raja Pahang

Rakyat Pahang bangga Ismail Sabri jadi PM – MB

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui (DAP) pada sidang DUN Pahang hari ini.

Sidang DUN mesyuarat pertama penggal ke-4 masuk hari kedua dan bersidang sehingga 26 Ogos ini dihadiri oleh 42 ADUN di negeri itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast