Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di Taman Rimba Mentakab, Pahang sejak 7 Februari lalu akan ditamatkan esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah dan Kelantan.

Di Sabah, dua lokaliti iaitu Kampung Debut, Ranau dan Kampung Tindai Kolopis, Penampang dikenakan PKPD bermula 29 Ogos ini hingga 11 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata, tiga lokaliti di Kelantan yang akan menjalani PKPD bagi tempoh yang sama mulai Ahad ini adalah di Daerah Pasir Mas iaitu Kampung Bayu Lalang, Kampung Banggol Kemian (sebahagian kampung sahaja) dan Kampung Repek (sebahagian kampung sahaja).

“Pelaksanaan PKPD dibuat setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan-kawasan itu,” kata MKN hari ini.

Mengikut jadual asal PKPD di kawasan berkenaan seharusnya ditamatkan pada 28 Ogos ini.

Dalam pada itu, sebanyak 11 lagi lokaliti di Sabah dan masing-masing satu lokaliti di Kelantan dan Pahang ditamatkan PKPD mulai Sabtu ini.

Tambah Rodzi, sebanyak 11 lokaliti di Sabah yang terlibat penamatan PKPD mulai esok adalah Bandar Sinsuran dan Kampung Sembnulan Tengah dan Lama di Kota Kinabalu; Kampung Siasai Dundau di Kota Belud;Rumah Kongsi Tapak Bina Prima Lumat di Beufort; PPR Sri Semarak di Tawau; Kampung Rancangan Kalabakan; Lorong Mat Salleh Batu 2 Jalan Apas; Kampung Contoh di Putatan; Kampung Pulutan
dan Kampung Mansiang serta Kampung Darau di Menggatal; Tamak Bina Hyatt Centric.

“Di Pahang, Jalan Blue Valley-Lojing Cameron Highlands Pahang juga ditamatkan PKPD pada esok dan di Kelantan Kampuyng Lela Jasa, Mukim Olak Jeram, Kuala Kerai juga ditamatkan PKPD esok selepas menjalani sekatan sejak 17 Ogos lalu.

“Justeru dua lokaliti di Sabah iaitu Kampung Brunei Membakut di Beufort dan Kampung Manggaris 2, Kota Marudu di Sabah dilanjutkan PKPD bermula Ahad ini hingga 11 September depan.

“Keputusan perlanjutan itu diambil oleh MKN di kedua-dua lokaliti itu selepas mengambil kira analisa KK mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di sana,” kata Rodzi.-MalaysiaGazette