Keadaan beberapa lelaki yang cedera dalam serangan di pangkalan udara Al Anad. foto Twitter

YEMEN – Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan yang menyasarkan pangkalan udara Al Anad, milik tentera kerajaan di Lahj, di sini

Perbuatan itu didakwa didalangi pemberontak Houthi, yang disokong Iran.

Beberapa penduduk bandar Taiz mendakwa mereka mendengar bunyi pelepasan peluru berpandu dari kawasan berhampiran yang dikuasai kumpulan berkenaan.

Jumlah mereka yang terkorban dijangka bertambah kerana masih terdapat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan dan cedera parah

Laporan awal mengesahkan sekurang-kurangnya 60 orang cedera dalam kejadian di kawasan yang terletak 70 kilometer di utara bandar pelabuhan Aden.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada orang awam antara mereka yang menjadi korban.

Susulan kejadian berkenaan, Presiden Yemen, Abd Rabbuh Mansour Hadi berikrar yang Houthis akan menanggung akibat atas jenayah dilakukan mereka. – Agensi