LONDON – Bintang pertahanan Portugal, Ruben Dias telah melanjutkan kontraknya bersama Manchester City sehingga tahun 2027.
Bintang antarabangsa berusia 24 tahun itu menyertai Etihad dari Benfica pada September 2020 dan menandatangani kontrak enam tahun bernilai £65 juta.
Dia membantu skuad Pep Guardiola menang Piala Liga Perdana Inggeris dan Piala Carabao selain mara ke pusingan akhir Liga Juara-Juara Eropah sebelum tewas di tangan seterus EPL, Chelsea.
Dias dinamakan sebagai pemain terbaik tahunan oleh Persatuan Penulis Sukan Bola Sepak dan turut diangkat sebagai Pemain Terbaik EPL musim lalu.
“Bermain untuk Manchester City menjangkaui segala harapan saya dan bersyukur menganggotai skuad mantap ini,” kata Dias yang melakukan 50 penampilan untuk City.
Dias pada Khamis lalu diangkat sebagai pemain pertahanan terbaik Liga Juara-Juara Eropah musim 2020/21.
“Saya masih mendahagakan kejayaan lebih banyak dan menambah koleksi piala bersama Man City selepas ini,” tambahnya.-BBC Sport.com